Kawan Baek

Thursday, 15 January 2015

MADU...

ASSALAMUALAIKUM KORANG 
salam JUMAAT semua

pagi-pagi lagi dah bangun solat SUBUH (alahamdulillah) dah siap basuh baju, jemur jer belom lagi. hi hi hi jap g iolls pegi jemur k.fuhhhh.dah siap jemur cheewaah.haa uolls jangan lupa minom air masak + madu (if uolls nak kurus sikit)hi hi hi.pepagi ni rasanya nak share sikit ngan korang pasal madu ni, banyak sangat kelebihan madu ni kalau korang amalkan. hi hi hi iolls pon baca semalam,godek-godek buku majalah DARA.COM la. opkorse iolls kan penggemar DARA.COM.hi hi hi kredit to DARA.COM.

So,dah siap baca ioll pon nak share kalau-kalau boleh membantu korang.hi hi hi

Sekian....

Dah pegi baca. hi hi hi 

Ada sepuloh manfaat madu ni, yang iolls baca la...



MANIS MADU BERMANFAAT

10 cara sederhana BANTU diet anda

1. Madu & Halia
-- kombinasi madu dan halia boleh membuatkan sistem penghadaman anda lebih sihat.
selain itu, kedua-dua bahan ini merupakan anti bakteria dan menghalang virus merebak ke dalam badan.

2. Teh Madu
--minuman ini boleh membuatkan anda tenang dan relaks.
biasanya anda sering menggunakan beberapa sudu gula
untuk memaniskan teh.jadi,gantikan gula dengan madu.
ia akan dapat memberi sensasi pada rasa teh.

3. Air MADU SELEPAS MAKAN
-- dengan air madu panas atau suam selepas makan,
ia membantu anda melancarkan sistem penghadaman.
selain itu, ia turut membantu anda menjalani
program diet dengan lebih cepat.

4. MADU & KULIT KAYU MANIS
-- salah satu jenis minuman yang disarankan untuk anda yang sedang berdiet
dan ingin hidup lebih sihat. kombinasi madu dan kayu manis
boleh menjadi salah satu minuman yang menyihatkan
dan melancarkan sistem metabolisme badan anda.

5. MADU DALAM SALAD
-- kebanyakan hidangan salad mengandungi minyak atau
mayones.anda juga boleh menggunakan madu sebagai pengganti
kedua-duanya.madu bukan sahaja bahan semulajadi
yang sihat,tetapi boleh memberi nikmat dalam
setiap hidangan salad anda.

6.MADU DAN BADAM
-- salah satu sarapan yang baik dan meyihatkan adalah dengan minuman
satu sudu madu bersama 4 biji badam.
kacang badam diperkaya dengan tenaga dan vitamin E, manakala
madu pila boleh memberikan anda nutrisi magnesium dan mineral penting.

7. LEMON & MADU WAKTU PAGI
--mulakan hari anda dengan minum segelas air lemon dengan madu.
minuman sihat akan membantu agar metabolisme
badan anda tetap baik dan aktif.selain itu, mampu
menjadi minuman detoks untuk badan anda.

8. YOGOURT MADU
-- selain melancarkan system penghadaman,yogurt juga boleh membuatkan anda sihat. Jadi pilihlah yogurt tanpa gula. Lebih enak dan sedap anda boleh juga tambahkan madu yang menjadi pemanis dan antibiotic semulajadi.

9. MADU SEBAGAI TOPPING
Pilihlah madu sebagai topping untuk penkek,pudding,pisang ataupun snek yang lain. Ia sebagai pengganti kepada gula biasa dan menjadi pemanis semula jadi.

10. SUSU MADU
Bagi penggemar susu, anda boleh campurkan madu ke dalam susu skim yang anda ambil. Rasanya akan lebih sedap dan lembut sehingga membuatkan diet yang anda lalukan tidak terseksa kerana makanan yang hambar.








Hadis :

“ Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan ) kepada lebah: ‘buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia  ( peternakan lebah ). Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). “


So,dah habes baca??okey harapnya bermanfaat untuk korang yea.AMIN

*p/s : jangan lupa baca surah al-khafi oke.

No comments: