Kawan Baek

Thursday, 9 January 2014

KENAPA???

Assalamualaikum w.b.t

Lama tak menapak kat sini, masa dihabiskan dengan benda-benda yang dirasakan penting tapi sebenarnya tak penting. 

Serabut, hari-hari dok fikir apa nak letak dalam cerita orang, nak suruh lazat je bila bercanang. 

Hari-hari dok pikir orang tu pakai apa, orang tu sibukkan apa, kenapa orang tu dah berubah, kenapa orang tu sombong, kenapa orang tu selalu mengelak, kenapa orang tu selalu nak cari salah orang lain, kenapa orang tu bercakap macam tu. kenapa? kenapa?? KENAPA??? 

Sampai satu saat tu kain sendiri tersepit, masih lagi tanya KENAPA orang tu macam tu??? 
Nak ker?? diri sendiri yang rugi. Baiklah tengok kiri, kanan, belakang, depan, atas, bawah kita sendiri.

Kenapa sibuk nak cari salah orang, keburukan orang, keaiban orang dibuka, atas alasan kita bukan sebulu dengan dia??? KENAPA jurang tu dibina??

Kalau tanak bagi SERABUT tak payah fikir pasal dia...
Kita sibuk fikir KENAPA apa lagi yang nak dilontarkan untuk orang tu.
Tapi dia hari-hari membawa semangat yang berlainan untuk dikilik.
Dia tak bawa kita masalah pun dah SYUKUR.
Dia dengan dirinya sendiri.
Alasan dia untuk berjaya, tak nak lagi menyusahkan orang sekeliling. tapi masih lagi orang sibuk meletakkan KENAPA pada dia.
Kita sangat asyik melontarkan kata-kata yang mungkin sebahagiannya adalah untuk diri kita sendiri, tapi kita masih buta untuk menilai, masih pekak untuk didengar, masih malas untuk bergerak ke arah kebaikan.

Dia berubah mungkin ke arah kebaikan, tanak ke tiru, jalan sekali ke arah kebaikan yang dia cipta??

Kalau ternyata dia salah, kita yang betul kenapa tak nasihatkan dia.

Kenapa tak tolong tunjukkan kebenaran tu. Kalau ternyata kita yang betul.

Mungkin betul, dalam berSAHABAT, yang paaaaling susah adalah untuk betulkan sahabat kita kalau dia salah..

Sangat susah, kita mungkin tanak bagi dia tersentuh, tapi sekurang-kurangnya kalau dia tersedar kita yang akan dia cari untuk letakkan tanda TERIMA KASIH kerana menjadi SAHABAT nya yang paling SETIA. 

Tapi kita tidak masih lagi meletakkan KENAPA didepan perbualan kita.

Kalau bukan kita yang saling mengingati antara satu sama lain, siapa lagi???


SAHABAT bukan untuk diletakkan KENAPA, tapi untuk saling INGAT-MENGINGATI..

p/s: take note untuk diri sendir.minta dijauhkan kalau diri sendiri meletakkan KENAPA untuk seorang yang bernama K.A.W.A.N , S.A.H.A.B.A.T......

2 comments:

NURUL HANIZA MOHMAD said...

dan kerana sahabat kita akan tahu mana yang sebenarnya intan atau kaca semasa kita susah dan senang...

done follow :)

salam perkenalan dari niza :)

acik nadzirah said...

yup.berusaha tanak jadi SAHABAT time senang jer..
tQ..
salam perkenalan jugakk