Kawan Baek

Saturday, 20 July 2013

Part 5

bangun pagi macam-macam feel ada,

"Tanak pegi kelas hari ini"

tapi bila teringatkan lecterer ohwsem @ hensem, lalu hati pom berbisik
dengan perlahan.

"Rugi nye la kalau kau tak pergi kelas hari ini azie".

Hari-hari aku nie berperang dengan perasaan sendiri, perasaan tanak pergi kelas.
Dengan alasan sangat PENAT.

Kenapa alasan PENAT tu sentiasa ada erk??
Entah la memang lumrah manusia yang penuh alasan yang direka-reka.

Tapi lately ni memang aku penat sangat pom. Penat dengan macam-macam benda yang kena buat.
Dan disebabkan oleh alasan PENAT tu la, ALLAH turunkan aku sedikit kelemahan.
Aku disahkan DEMAM yang aku rasa paling melampau untuk 23 tahun nie.(hahaha).
Sungguh aku tak sangka yang dalam kesibukan melakukan banyak kerja,aku boleh demam.
Yang tang demam tu takpe lagi,
yang kemuncaknya bila tidor malam aku akan mengalami cramp kaki yang melampau.
yang ni pom sama, mana ada sebelom ni aku cramp kaki oii.
Baru aku tahu macammana perasaan ibuku yang hampir setiap malam cramp kaki,
akibat kesejukan.

Serious weii aku tanak dah benda tu berlaku...
Mungkin sebab PERTAMA aku banyak berdiri kowt.
BERDIRI untuk wat onde-onde, BERDIRI  sebab wat aktivit menjual dalam bulan puasa.
menjual pelbagai kuih-muih untuk mengutip dana bagi "MAKAN MALAM" kami yang tak lama
lagi akan berlangsung.
Tarikh dah ada,tempat pon dah tahu,tema pon sama dah tahu jugak.
Tapi part yang tema macam tak puas hati sikit.

Sebabnya....Tema kami '"BACK TO SCHOOL"
Haaa amek kau, mana aku nak cari pakaian macam tu.
Aku ni dah lama tinggalkan dunia yang mencabar tu taw tak. yang ada sekarang nie baju petak-petak,bunga-bunga, kain kosong tu je yang ada.
Mana la aku nak kidnap pakaian back to school nie.
Ada tak sape-sape yang sudi sponsorkan baju sekolah untuk aku???

Pastu pulak macam tak berbaloi bagi kami yang kena kutip RM1600 untuk 7 orang.
kalau nak dibandingkan dengan kelas yang mempunyai ramai around 27 orang satu-satu kelas.BACK TO SCHOOL macam tak meriah pulak kan.Tapi kami dah dijanjikan dengan A+ untuk subjek ni,kalau kami 7 orang ni berjaya mengutip RM1600.Korang yang ramai jangan jeles dengan kami tau,(hehehe)
Tapi nak dapatkan sebanyak tu memang sakit la sikit kan.So terpaksa kami berkorban banyak benda untuk capaikan.Apa yang kami buat untuk dapatkannya dengan menjual kuih-muih (hasil air tangan kami sendiri), menjual pelbagai barangan kosmetik,penjagaan badan dari atas sampai bawah, menjual brooch dan macam-macam lagi.Nampak macam penat kan,tapi itulah yang kami kena lakukan.

No comments: