Kawan Baek

Friday, 12 April 2013

Last Paper

assalamualaikum semua.
waanamapak tak macam meriah nye salam malam ni kan???
korang nak tahu kenapa, tak payah bagitaw kot sebabnya kat atas tu dah terpampannnngg
lagi bersuluh tajuknya kan.
Meriah gile kan..
esok petang tepat jam 5.15 petang.
SITI NADZIRAH BT CHE AB KADIR @ yang pemes dengan panggilan
 ACIK NADZIRAH ni will be freeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
hahhahaha ayat paling kejam yang acik penah wat.(hoh betol ke???)
hahahah oke.. so malam ni acik nak study dulu..
pulun sampai habis MGT345 untuk this semester.
next semester datang dengan azam yang baru oke.
petang esok tutup buku lama untuk this semester.......


 banyaknye nota kiteee


EXAM DAH HABESSSS!!!!

 
  
life memang beautiful lepas niee

Monday, 8 April 2013

Pada Saat Kita BERKATA….




Pada saat kita mengatakan MOOD untuk belajar hilang sebab rakan kita pinjam buku kepunyaan kita, kita lupa yang sahabat kita pernah keluarkan duitnya untuk belanja kita makan waktu poket kita kosong tidak berduit dulu. Pada saat itu, kita lupa jasa baik dia pada kita..

Pada saat kita mengatakan teman sebilik kita seorang ‘tidak pembersih’,  sahabat kita mengatakan yang kita rajin belajar, taat kepada perintah ibu bapa dan  menjaga hubungan dengan ALLAH. Tidak pernah sekali pun dia mengatakan perkara yang tak baik tentang kita. Tak pernah sekali dia membuka aib kita kepada orang lain.

Pada saat kita mengatakan yang rakan kita seorang yang pelik, suka berpura-pura dan busuk hati, rakan kita sedang sibuk menguruskan kenduri doa selamat untuk menyambut hari lahir kita. Rakan kita sanggup mengeluarkan wang belanjanya sendiri untuk memastikann hari istimewa kita itu berjalan dengan lancer supaya kita gembira.

Pada saat kita mengatakan yang kawan kita tak pernah bangun lebih awal daripada kita justeru dia selalu menyusahkan kita kerana kita terpaksa mengejutkan dia setiap pagi, kita lupa sahabat kita tak pernah beritahu orang lain yang kita pernah mengambil hak dia tanpa pengetahuannya. Kita pernah pinjam wang dia tapi lupa untuk memulangkannya semula. Sahabat kita tak pernah mengungkit hal itu.

Pada saat kita berkata di Facebook, “hari ini aku sakit hati dengan sahabat aku kerana dia menyorokkan barang aku (kononnya) untuk suka-suka”, sahabat kita pula memberitahu orang lain bahawa kita adalah orang yang sangat hebat, kuat pendirian agama dan mempunyai kepimpinan yang menyerlah.

Pada saat kita mengatakan sahabat kita tak pernah gosok baju sebelum ke kuliah, malas mandi dan kuat tidor, kita lupa sahabat kita pernah bekalkan kita ubat waktu kita demam teruk dulu dan bersengkang mata semalaman menjaga kita.

Adakah anda tahu sahabat anda sentiasa bersangkan baik dengan anda? Tahukah anda pada saat anda mengatakan sahabat anda itu dan ini, sahabat anda pula memuji anda???

Kita selalu beranggapan bahawa sahabat kita sangat tidak memuaskan hati kita. Tetapi tahukah kita bahawa adakah sahabat kita berfikiran seperti kita? Walaupun setiap hari kita juga melakukan perkara yang tidak menyenangkan hatinya juga?
Sama-samalah kita muhasabah diri dan selalu menungkan apakah kita sahabat yang terbaik untuk sahabat  kita?