Kawan Baek

Wednesday, 27 March 2013

saya sayang anda!!!

salam senua,
fakta ni betul saya tak tahu nak ungkap dengan kata-kata yang sangat simple.
tapi ketahuilah saya sangat sayang anda.
saya tahu saya bukan kawan yang setia untuk anda.
tapi saya tengah berusaha ke arah itu.
walaupom kata-kata itu bukan ditujukan untuk saya.
tapi saya sangat terkesan dengan kenyataan itu.
saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada anda
andai diri ini tidak sempurna dalam menjalani kehidupan
sebagai sahabat anda.
Dah lama ingin saya ungkapkan bahawasanya saya SAYANG anda,.
IKHLAS dari hati saya sebagai sahabat anda.

KITA KAWAN SAMPAI JANNAH :)








kawen kawen


Assalamualikum w.b.t.
Kehadapan semua blogger diluar sana. Menulisnya saya di sini sebab bukan di atas kertas.hehehe(melencong ke laut).
Alhamdulillah segala puji- pujian ke atas MAHA ILAHI SANG PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Syukur dengan rahmatMu YA ALLAH kerana memberi aku kesempatan untuk mencoret lagi kenangan aku di sini, walaupun hanya sebahagian sahaja.(tidak hari-hari aku update benda lah nie).hihihihi.
                Meh sini semua adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, saya nak bagi borang untuk calon suami empunya blog BUDAK CEKELAT yang tak  berapa nak MANIS nie hihihi. Kepada sesiapa yang masih mempunyai abang-abang kesoloan tu boleh tolong rekemen kan kat saya opppsss empunya blog nie sebenarnya.hehehe. tak salah kan nak cari jodoh sendiri. Lagi sekali, nak mention kat sini, sesiapa yang berminat boleh tinggalkan jejak anda di kotak komen dekat bawah nie yea. Okey, sekian.
                Dah habis gelak? So lupakan peringatan kat atas tu. Kita ke agenda yang utama. Hehehe sebenarnya  nak share, hari tu acik ada pergi majlis peminangan sepupu acik belah abah acik. Hehehe. That’s why la ayat kat atas tu macam tangkap  jiwang sikit kan. Teringin la tu maknanya kan? Oppss jangan jeles oke. Setiap orang ada kot keinginan macam acik ni kan? Sapa tak nak nikah, boleh tekan butang X kat atas nu.hahaha (jahat kan?). musim-musim cuti ni ramai la jugak sepupu, dua pupu acik yang telah selamat menamatkan zaman bujangnya. Wahhh happy kan. Ustaz kazim cakap orang kawin dapat PAHALA. Korang tak nak pahala ALLAH ke? Mestila nak kan. So, cepat-cepat la korang kawin. Tapi kalau yang takde calon lagi macam acik nie. Cepat-cepat suruh kawan korang rekemenkan untuk korang. Tapi kena ingat pencarian tu mestilah yang sesuai dengan kita..carilah teman yang boleh selalu ingatkan kita ke mana hala tuju kat dunia yang fana nie,yang boleh bImbing kita menuju ke jalan yang diredhai olehNYA. Yang selalu ingatkan kita kepada PENCIPATANYA. Yang boleh di bawa berunding, tak ehsem pom xpe asalkan hati mesti baik punya.hehehe Hemmm agak-agak calon yang korang nak rekemenkan tu ada tak yang macam kat atas? Kalau ada cepat-cepat tinggalkan komen anda yea,hehehe.(acik melawak je, tapi kalau ada apa salahnya).
                Okeylah yea kawang-kawang, acik nak log out dulu. Tapi sebelom log out nak tekan butang publish dulu. Hehehe. Akhir khalam WASALAM.

p/s: acik harap blogger yang tak kawin lagi akan cepat-cepat kawin, yang tak der teman tu pandai-pandai la cari senirik yea. J L L J ß





selamat bertunang sepupu kite, Atikah...


Wednesday, 13 March 2013

Post Di Awal Pagi

Assalamualaikum semua.diharap hari ini lebih baik daripada semalam.hari dah hari Khamis pom.
mulakan harimu dengan kecerian. Sapalah sahabatmu serta orang di sekeliling mu dengan senyuman. langsaikan segala kemarahan semalam dengan kemaafan hari ini.Moga-moga segala apa yang akan kita lakukan hari ini lebih bermanfaat daripada semalam.
Mata dah bengkak, banyak lingkaran dah. Semalam siapkan video ARAB, siapkan sikit SKRIP ARAB(Cover je pom) yang lain ema dah siapkan.
List untuk hari ini:
  • hantar report ECO MAL
  • hantar report BANKING OPERATIONS
  • hantar VIDEO ARAB & REPORT
  • siapkan slide  & report BUSINESS COMM.
  • last but not least BALIK RUMAH(opppppppsss dalam senarai kah??)

p/s: nak mention kenapa ayat BALIK RUMAH tu warna merah sebab dah rindu nak balik rumah(tu je)