Kawan Baek

Tuesday, 10 July 2012

Al-fatihah

Assalamualaikum semua,

        Hati seakan sayu takkala mengenangkan arwah sepupu yang telah meninggalkan kami sekeluarga akibat penyakit leukimia yang dihidapi arwah.Arwah yang mesra dipanggil Along Zahida dikalangan keluarga serta rakan-rakan yang rapat dengan beliau. Terasa baru semalam berjumpa serta berbual dengan arwah,tetapi arwah telah dipanggil untuk mengadap ILLAHI.ALLAH sangat menyayangi beliau. Pada tengahari Khamis yang sangat mulia, 05 JULAI 2012. Sudah 6 hari arwah meninggalkan kami. Baru hari ini hati kecil ini terpanggil untuk menulis tentang kehilangan arwah. Sebelum ini masih lagi shock dengan berita kehilangan arwah. Sangat tabah menghadapi ujian yang ALLAH turunkan buat beliau serta seluruh ahli keluarga yang sentiasa ada di sisi beliau sepanjang beliau sakit. Ditemani mama yang sangat sabar serta tabah, serta suami yang sangat setia menunggu beliau sepanjang hari. Cukup sedih dengan berita kehilangan ini. Di usia yang sangat muda iaitu 29 tahun telah dipanggil untuk menghadap-Nya. Takkala membaca catatan yang telah ditulis oleh rakan-rakan arwah, air mata ini tak segan-segan untuk turut menangisi pemergian beliau. Dikenali murah dengan senyumam,perhatian, banyak memberi kata-kata nasihat yang sangat berguna buat rakan-rakan.Ramai yang memuji beliau. Seorang anak kepada mama(mok ngoh Yah), kakak kepada angah(nurulhidayah,ammar,afiq,arif),isteri kepada Adi, dan mummy kepada Aniq Ar-rayyan.
        Masih terkenang pada satu masa disaat kami sekeluarga ditimpa masalah, arwah dengan ikhlas datang membantu menyelesaikan masalah kami, sektika kami lega dengan bantuan yang dihulurkan oleh beliau. Dilihat sangant ikhlas dalam memberi bantuan itu. Kami sekeluarga sangat -sangat berterima kasih kepada beliau...Tak dapat kami bayangkan jikalau beliau tidak datang membantu.
          Pemergian beliau memberi banyak iktibar kepada acik,bahawa mati tidak mengenal usia.Jika Dia berkehendak maka pergilah kita menghadap yang MAHA ESA. Diatas kehendak Nya juga kita dapat hidup di atas bumi yang tidak ada apa-apa bayaran untuk kita. Teringat kata-kata ustazah CTU pada hari Rabu yang lalu, "dunia adalah kotak kosong, jika kita isinya dengan amalan kebaikan,ibadah yang  melimpah, keikhasan yang banyak, nescaya akhirat nanti tuaiannya sangat berharga"..."Dunia juga adalah ladang yang kita perlu penuhkan nya dengan tanaman yang sangat bernilai untuk kita tuaikan di akhirat sana kelak"....
          Semoga arwah NUR ZAHIDA MOHD ZAID ditempatkan di tempatkan yang telah Engkau janjikan...

               Semoga Aniq Ar-Rayyan menjadi seorang anak yang soleh, membesarlah dengan keimanan dan boleh mendoakan kesejahteraan mummy mu Aniq Ar - Rayyan serta boleh membahagiaka daddy mu..

No comments: