Kawan Baek

Wednesday, 25 April 2012

Cik Diari Hati.....

"Sorry, bang!"
"Apa abang-abang?
Saya nak awak basuh kasut
saya yang dah awak pijak ni!Esok
petang saya nak kasut saya kering!"

Entah kenapa hanya kerana sepasang kasut
Vans berwarna putih, Shafwan mula melancarkan
perang dengan Aina Azzalea.

"Hei! Saya tak terima ni! Baju tu dah jatuh, dah kotor.Basuh balik!"

Selalunya apa yang akan terjadi apabila senior bertemu junior? Ya....Buli!Hanya
kerana satu kesalahan, memijak kasut putih Vans Shafwan,merebak pula ke
kesalahan yang lain. Bertubi-tubi denda yang dikenakan oleh Shafwan, si pelajar
tahun tiga.Azzalea harus menurut perintah kerana dia masih dalam minggu
orientasi dan shafwan itu Ketua majlis perwakilan Pelajar (MPP) di kolejnya.

"Kaki encik yang tendang,jadi suruh kaki encik yang basuh balik baju-baju encik
yang bau luluk ni!"

Dalam menurut perintah Azzalea melawan juga.Itu yang membuatkan Shafwan
sengaja mahu menaikkan darah Azzalea kerana dia geram pula apabila Azzalea
boleh menjawab dengan wajah yang selamba.Bagi Azzalea.segala protesnya biar Cik
Diari Hati sahaja yang tahu.

Hubungan mereka tidak berakhir selepas tamat minggu orientasi.Bermula
dengan nota misteri,gaduh-gaduh manja antara mereka,semakin parahdan
berantakan pula jadinya.Semua tu angkara ferdi.Ferdi tidak mahu hubungan
mereka tamat di situ sahaja. Sebelum apa-apa terjadi, dia mahu melunaskan satu
misi. Lalu rancangan mula diatur.

Bila bunga-bunga bahagia kelihatan, ada pula yang tidak senang. Rihanna men-
tur rancangannya pula, untuk memisahkan mereka berdua. Bila kecewa menguasai
Azzalea, dia terlupa diari kesayangannya tercicir di laman. Semua rahsia hati
sudah terjawab kini. Diari itu sudah tidak  boleh dipanggil diarilagi. Si pembaca
tersenyum dan cuba menawan kembali hati si pemilik diari. Mungkinkah episod
cinta bermula? Atau yang belum mula akan berakhir? Cik Diari Hati ada jawapannya.....


No comments: