Kawan Baek

Saturday, 8 December 2012

SALAM DISEMBER

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Salam Ahad yang indah,disulami cinta nan mekar.
tetiba pulak melalut pagi-pagi kan.hihihi

Hi uolls Salam DISEMBER semuanya.


Selamat Belajar yea semua kawan-kawan acik
credit:picture kat bawah nie menunjukkan muka-muka yang 
pegi kelas awal-awal minggu.baikkan kami
dan sorang lagi tukang amek gambar.
campur tolak bahagi serta darab 
cukupla lima orang.hihiihi


Thursday, 16 August 2012

Selamat Hari Raya...

Assalamualaikum semua.
         Macam excited je kan tulisan acik malam nie.heheh tetiba nak wat entry.tapi memang patot pom buat entry sebabnya lepas je log in blog tadi xpasal-pasal terbersin la plak kan.tu tandanya blog acik ni dah lama xhadir dengan entry baru kan.So ape citer sekarang?hah?citer raya ker?ooo raya erk.chopp! nak tanya korang punyer puase penoh ke atau ade yang dah tampal.hehehe.kalau xder alhamdulillah la kan.tapi kalau ada nak wat cner kan.ganti je la jawabnye. So apa macam dengan korang punyer persiapan raya.mesti dah oke kan.ye la tinggal berapa hari je lagi.mesti masing-masing dah pasang angan-angan reaksi apa yang nak buat bile time pakcik ensem kat tb nak umumkan raya kan.hihi korang mesti dah rindu ngan die kan.
         Entry kali ni, acik nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang baca entry ni ataupom terpandang ataupom terlihat ataupom terklik.hehehehe.macam-macam kan.Urmmm raya kali ni apa citer.citer die macam biasa macam taon -taon lepas jugak. Tapi raya kali along acik beraya kat Kelantan iaitu merangkap umah abah acik la kan.Angah pulak die cakap pagi lepas semayang raya baru nak datang umah acik. Alang pulak dah sah-sah la kan beraya umah mentua die merangkap umah suami die.Isha pulak memang terang lagi tak payah nak suluh-suluh beraya umah abah coz dia memang kene beraya kat umah abah jugak.hehehe.alasan yang tak boleh diterima pakai oleh semua.Sapa lagi yang  tinggal? urmmm sapa lagi acik la kan.acik kali beraya kat umah suami acik la kan.eh eh eh.chop!!! bila masa hang nikah? belom lagi oke.calon pom xdop.ada hati nak nikah kan.hehehe.pastu nak raya kat mana nie.dah sah la ko kene beraya kat umah abah.memang wajib dan xleh sunat-sunat oke.adeq acik pom sama la beraya sekali jugak.
           Hehehe.nak cakap lagi mood raya kali ni penuh dengan gembira(gembira?)owh tompang gembira oke.sebab? sebab nya raya ke-lima ni kawan acik yang satu sekolah satu kampong dan bukan duduk umah yang sama akan menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya.owh  xdak la kawan acik lagi sorang ni.Semoga berbahagia lah hendaknya cik Atiera Hamid ya.Acik tompang gembira dengan berita ini oke.padahal dalam hati teringin jugak kan.ye la sapa yang x teringin kan.future hasbeng die cikgu kat salah sebuah sekolah di johor.tapi future hasbeng dia orang kelantan jugak cuma mengajar kat sana je.Bila acik tanya:lepas ni ko kene pindah ke Johor ke wei,?? dia dengan tanpa segan silu pom menjawab: xdak aih aku memang nak dok Kelantan dia je yg pegi johor...owhhhh pastu tinggal sorang-sorang r dia.. yelah dia jawab..hehehehe.beznya la kawin-kawin ni kan.(gatalnya nak kawin).

So rasanya dah abes kot melalak tak tentu pasal nie.Last but not least.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN dari acik sekeluarga.tak kira korang ada kat mane.raya tetap raya oke.



Sunday, 5 August 2012

tak dak title

Fuhhhh.. berhabuk giler kot blog nie kan.hehehehe.sikalang manyak cibuk maaa(padahal xcibok manapom)kali ini cerita agak sensitip siket kot.hati macam terbakar siket.rasa macam dah tak terluah ni pom.perlu ke ko nak g citer kat semua orang yang ko sekarang dah bahagia.ya aku turut bersyukur jugak kalau ko bahagia.ak nak dengki?x la kot.aku tak kisah sangat kalau kau nak share,tapi ingat la jugak hati & perasaan orang tu.ko ralik jer dk bercerita tentang itu tentang ini,pasal orang itu pasal orang ini.entah kadang-kadang aku rasa macam aku ni dah jadi talam bukan setakat dua tapi dah tiga empat lima puloh enam kot.(ada ke?)ntah buat-buat ada sudah kan.pastu engkau bukan setakat bercerita kan tapi siap lagi menyindir & menyindir.eee aku dah la memang tahap gaban tak suka kat engkau,boleh lagi engkau cakap macam tu kan.eee ko memang r. sangat tak suka taw x.pastu pulak ko nak citer pasal 'kawan kita', ye yang tu lagi satu...dah orang tu memang 'berperangai' nye memang macam tu ko tak yah lah lagi cakap pasal dye macam tu kan.pasrah je lah kan.kalau dye setakat macam tu 'ingat' kat ko , oke ko kene r belajar menerimanya dengan hati terbuka yea. pleaseeeee la i'm begging youuuu.UNDERSTAND laa. tak semua orang ada 'perangai' macam ko taw x. Aku rasa kalau semua orang 'perangai' macam ko memang lingkoppp r. semua orang ada 'perangai' diorang yang tersendiri oke.

Pasal JODOH.oke yang tu aku memang paham benor r.dah TUHAN masih lagi tanak tunjukkan aku siapa jodoh aku kan so ko xpayah r nak suruh aku pegi nak terhegeh2 tanya kat orang nak ke kat aku ni.nape nak sangat cakap aku nie tak beruntung macam ko kan.dah engkau memang beruntung so cubalah belajar bersyukur sikit kan.malam ni aku rasa macam nak meletop dah wei dengan 'perangai' ko ni.naseb baek kau masih lagi aku anggap 'kawan' aku.jujur la aku cakap aku memang dari dulu lagi memang tak berapa nak berpuas hati dengan kau taw x.dari zaman berzaman r kiranya nie.bling-bling sangat la engkau ni.mungkin aku ni tak sesempurnanya engkau pom.

Dah cukup la dulu setakat ni ye.aku pom tanak pahala puasa aku hari sampai kat engkau,hihihihihi

Thursday, 12 July 2012

Teringatkan Dia...

Assalamualaikum semua...


      Hari ini genap seminggu pemergian arwah kak long zahida. Ya Allah, jadikanlah kami ahli syurga, jauhkan kami dari mara bahaya, selamatkanlah kami di dunia dan akhirat, kabulkanlah segala doa dan harapan kami. Aamiin

      How can you disbelieve in Allah when you were lifeless and He brought you to life; then He will cause you to die, then He will bring you [back] to life, and then to Him you will be returned. [Quran 2:28]

      Ya Allah, panjangkanlah umur kami, berkahilah kehidupan kami, selamatkanlah kami dari api neraka dan masukanlah kami ke surga. Amin

Tuesday, 10 July 2012

Al-fatihah

Assalamualaikum semua,

        Hati seakan sayu takkala mengenangkan arwah sepupu yang telah meninggalkan kami sekeluarga akibat penyakit leukimia yang dihidapi arwah.Arwah yang mesra dipanggil Along Zahida dikalangan keluarga serta rakan-rakan yang rapat dengan beliau. Terasa baru semalam berjumpa serta berbual dengan arwah,tetapi arwah telah dipanggil untuk mengadap ILLAHI.ALLAH sangat menyayangi beliau. Pada tengahari Khamis yang sangat mulia, 05 JULAI 2012. Sudah 6 hari arwah meninggalkan kami. Baru hari ini hati kecil ini terpanggil untuk menulis tentang kehilangan arwah. Sebelum ini masih lagi shock dengan berita kehilangan arwah. Sangat tabah menghadapi ujian yang ALLAH turunkan buat beliau serta seluruh ahli keluarga yang sentiasa ada di sisi beliau sepanjang beliau sakit. Ditemani mama yang sangat sabar serta tabah, serta suami yang sangat setia menunggu beliau sepanjang hari. Cukup sedih dengan berita kehilangan ini. Di usia yang sangat muda iaitu 29 tahun telah dipanggil untuk menghadap-Nya. Takkala membaca catatan yang telah ditulis oleh rakan-rakan arwah, air mata ini tak segan-segan untuk turut menangisi pemergian beliau. Dikenali murah dengan senyumam,perhatian, banyak memberi kata-kata nasihat yang sangat berguna buat rakan-rakan.Ramai yang memuji beliau. Seorang anak kepada mama(mok ngoh Yah), kakak kepada angah(nurulhidayah,ammar,afiq,arif),isteri kepada Adi, dan mummy kepada Aniq Ar-rayyan.
        Masih terkenang pada satu masa disaat kami sekeluarga ditimpa masalah, arwah dengan ikhlas datang membantu menyelesaikan masalah kami, sektika kami lega dengan bantuan yang dihulurkan oleh beliau. Dilihat sangant ikhlas dalam memberi bantuan itu. Kami sekeluarga sangat -sangat berterima kasih kepada beliau...Tak dapat kami bayangkan jikalau beliau tidak datang membantu.
          Pemergian beliau memberi banyak iktibar kepada acik,bahawa mati tidak mengenal usia.Jika Dia berkehendak maka pergilah kita menghadap yang MAHA ESA. Diatas kehendak Nya juga kita dapat hidup di atas bumi yang tidak ada apa-apa bayaran untuk kita. Teringat kata-kata ustazah CTU pada hari Rabu yang lalu, "dunia adalah kotak kosong, jika kita isinya dengan amalan kebaikan,ibadah yang  melimpah, keikhasan yang banyak, nescaya akhirat nanti tuaiannya sangat berharga"..."Dunia juga adalah ladang yang kita perlu penuhkan nya dengan tanaman yang sangat bernilai untuk kita tuaikan di akhirat sana kelak"....
          Semoga arwah NUR ZAHIDA MOHD ZAID ditempatkan di tempatkan yang telah Engkau janjikan...

               Semoga Aniq Ar-Rayyan menjadi seorang anak yang soleh, membesarlah dengan keimanan dan boleh mendoakan kesejahteraan mummy mu Aniq Ar - Rayyan serta boleh membahagiaka daddy mu..

Sunday, 3 June 2012

Entry takder tajuk


Assalamualaikum & selamat pagi.Mulakan pagi anda dengan senyuman yang sangat indah macam orang kat dalam picture di atas.hehehe.Selamat berbekpes ye semua.Pagi-pagi sudah senyum sebab senyuman itu satu sedekah.Tapi kalau pagi-pagi celik mata dah berfacebooking,berblogging itu apa tabiatnye yea.heheehe.

Senandung berkasih

Abaikan tajuk entry tu okeyy....

Dimulakan dengan bismillah(nati korang akhiri dengan alhamdulillah).Dah dua bulan kan dok umah.dengan rutin yang sangat biasa...Makan Mandi Tidor pastu ulang balik sampai lah nak mulakan semester yang baru ni kan.hehehehe.Sebenarnya acik dah lama bercuti ni...Tak sampai hati la nak tinggalkan semua benda yang dah sebati dengan acik ni..hihi benda apalah sangat abeh-abeh pom bantal busuk jer Tak sampai tujuh hari pom lagi untuk mulakan sem yang  baru.adoiiyaiiiii..Dah la tak dapat dok kolej.tapi apa-apa pom nak kene wat rayuan dulu...untuk stay lagi dok kat kolej..susah kot duduk kat luar ni,macam-macam dugaan ada.Dah la acik nie jenis yang tak makan saman sebab makan nasi je ngan lauk-pauk kan.Alamat nye kalau dok luar merundum jatuh lagi la result.hehehehe part tu tak der kene mengene oke.Geng-geng acik semuanya nak duk luar.Sebabnya masing-masing dah dapat bilik untuk disewa & diorang taknak pegi merayu-rayu ngan puan johanna, puan wani & en.siha.Sebenarnya bukan merayu sangat pom,cuma ada rules & regulation je yang patot di patuhi oleh pemerayu.hihihihi.So, diorang amek keputusan tak nak dok kolej dah.hehehe.tak per perjuangan harus diteruskan jugak.tetiba plak. Tapi wahida merangkap satu dorm dia pom nak wat rayuan jugak, so ada geng la kita yea.hehehe.

eh tetiba ada kat sini??

Mungkin sekarang ni dah tiba masa untuk hidop berdikari tanpa bantuan rakan-rakan(GENG DAUD SU yang amat rapat disisi.Selalunya ada je yang back up.tapi lepas ni tak kot.Pegi kelas sorang-sorang, xder ekor dah kat belakang.sob tigaratuskali sambil tangan sapu hidong. Mama acik cakap kalau xdop geng pom bukannya dok sorang-sorang kat kolej tu,ramai lagi orang laen eh.Betul jugok.xpolah gtu gak.hihihi.Rasa macam dah tak sabar nak g wat rayuan & aksi pujuk memujuk fellow kolej supaya diterima balik dok kolej la plak.Tak sabar jugak nak menjalani hidup sebagai seorang mahasiswa diploma pengurusan bank semester ketiga ni. Sekarang dah siap- sedia dengan alatan yang telah disediakan dan jugak perisai-perisai yang akan menahan ancaman dan jugak kritikan daripada sekeliling.hahaha.membara tak semangat acik nie??kalau angguk tiga kali.hehehehe saje je.

okelah rasanya setakat tu dulu entry kali ni yea.Insyaallah kita sambong lagi...Tadi seblom blogwalking tangan rajen sangat edit pict. So,enjoy yea dengan pict  tersebot...

memulakan perjalanan overnight.

peace

k.pijah & adek beliau

dah abes tu je oke..
nunite korang
&
enjoy ur reading


Sunday, 20 May 2012

First Photo Contest BY Dayah

                                                                               

assalamualaikum semua...

Malam yang sangat ceria. tadi masa dok tengah asyik je blogwalking.terjumpa la satu contest nie oleh miss-pink-dayah : First Photo Contest BY Dayah....

So,amek keputusan cepat-cepat tanpa pikir panjang teros join nie....
Biasa lah nak join kene ikot syarat yg dah ditetapkan...
So ni rules & regulation nya...




 Syarat-Syarat


1-copy and paste banner  buruk comel kat atas nie kat blog korang

2-buat satu entry tentang contest nie

3-lepastu letak gambar yang telah korang edit 

4-wajib follow & like sponser

5-limit 4 gambar shj

6-tinggalkan link di kotak comment dayah saya jgn tinggalkan di chatbox

7-kepada sesiapa yang blog dia tak boleh right click sila sertakan sekali URL gambar ye

kalau ada nak sponser bagitau dayah kat fb

wajib follow blog and like page sponser and also jangan lupa klik churp-churp dayah yer



TARIKH TAMAT : 27/5/2012


Tu la rules &regulation dia....
So dah baca kan rasenye macam berkelayakan je kan....
Kat bawah nie photo yang acik pertaruhkan yea....
Korang jangan gelakkkk(padahal xdak sapa pom nak gelak)

ni masa ummor 2 taon setengah

ni masa terima sijil pasti

spesel photo
acik punye anak buah(tWins)
zafirah & zahirah

trip to cameron highlands
acik yg comel tudung pink
with atun tiuttt
So itu sahaja photo....

Kalau nak join jangan segan..
KLIK JE


Friday, 18 May 2012

sayapompandai

assalamualaikum semua...

Malam nie sudah terasa keboringan yang sangat panjang.
padahal sama aje ngan hari-hari lain pom..
lamanye nak masuk belajar balik kan.

Tapi kalau di tolak tambah bahagi dengan darab tak sampai
sebulan lagi untok memulakan zon belajar kan.

So, malam ni untuk tidak membazirkan waktu
di biarkan begitu sahaja
acik telak memulakan satu projek yang agak gempak
rasa-rasanya kalau masuk kontest mesti menang kan??
hehehe saja je nak meriakkan diri sekejap.

Malam nie terhasil lah
satu art work yang telah menguji tahap
kesabaran acik yang terlalu tinggi
umpama pokok kelapa yang sudah tua
dan menunggu masa untuk
ditumbangkan oleh tuannya.

Oopppsss apa melalut nie...
oke acik nak la jugak share ngan korang
apa yang telah menguji sangat kesabaran ko ni acik...

Sila scroll dibawah!!!





taraaaa..
ni lah dia..
acik namakan dia 
CIK TIMAH KEBABOMMM!!

Kalau nak dibandingkan dengan pembuat doodle yang lain
maka jauh lah cantik lagi yang diorang punya kan.hahahah
xusah disangsikan lagi...
Tapi ni yang mula-mula 
so agak tidak menampakkan kekemasan nya lagi

TETAPI akan diusahakan lagi dengan lebih baik lagi..
nak jadikan mata dia macam FASHA SANDA ke
tudung macam DIANA AMIR ke 
baju macam  HONEY MADU ke...
tetiba plak kan..

So,sama-samalah kita majukan
SUKAN untuk negara..(out of topic)

Apa-apa pon.
esok malam korang kene pastikan pilihan korang adalah tepat yea.
kenape??
GOMO KELATE GOMO..
hahahahaha.




Thursday, 26 April 2012

Debarab Hati.

Assalamualaikum blogger-blogger semua.(chewah ayat penuh kot ini malam)hehe.i like i like.
Acik harap korang semuanya sihat-sihat la hendaknya idok.hehehe.
Malam ni lagi sekali berblogwalking.dah penat jalan-jalan rasa macam nak tulis something lah.
Dup! Dap!..
Hati makin berdegup menandakan hari nak hujan..
eh boleh pulak yea
Sebenarnya hati malam ni sedikit tidak senang.
Sebabnya terlalu sangat memikirkan pasal result yang akan meletup pada
keesokan harinya.
Tapi en.imran cakap pihak universiti dah emailkan dekat student diorang
dalam pukul 1am
So,kalau sapa-sapa yang terasa tanak bangun esok hari,
sila la tunggu hingga pukul satu pagi nak tengok result yea.
Sama ada result korang gempak ke gempuk ke,
kena la redha yea.
Sebab itu adalah hasil yang telah kita tanam dalam
beberapa yang lalu.
Untuk semester ini tak harap sangat,
tapi berharap jugak la.
Sekurang-kurang nya berterusan la sampai
ke akhir semester yang akan datang.

Bukak FB ramai kawan-kawan yang dok sebok - sebok cakap
pasal result.
Sungguh baca je post diorang,
terasa nyilu je,
macam ada something yang akan berlaku.
Harap- harapnya keputusan molek la yea.
Sama-samalah kita berdoa semoga ALLAH
sentiasa menemani kita,













Tengok nak tido pom tak senang taw.(tapi lena je nampak kan)



Semoga Allah tetapkan iman kita semua.
Kat sini acik sertakan sekali doa untuk hilangkan debaran di hati...


Sama-sama kita baca untuk hilangkan dan tenangkan kita ya.

Bak kata pepatah kat bawah ni......


Okelah acik pom dah tak larat mata nie.(baget nak tunggu pukul 1am, tapi takut jem)
Pesanan acik senyum sokmo.....




Opppppsss....
ada lagi la..........
petang tadi asyik terfikir pasal dia je....
hehehehe
Sape- sape???


Oppppsss!!
No!No! No!
Bukan dia oke....
hehehehe....



Wednesday, 25 April 2012

Cik Diari Hati.....

"Sorry, bang!"
"Apa abang-abang?
Saya nak awak basuh kasut
saya yang dah awak pijak ni!Esok
petang saya nak kasut saya kering!"

Entah kenapa hanya kerana sepasang kasut
Vans berwarna putih, Shafwan mula melancarkan
perang dengan Aina Azzalea.

"Hei! Saya tak terima ni! Baju tu dah jatuh, dah kotor.Basuh balik!"

Selalunya apa yang akan terjadi apabila senior bertemu junior? Ya....Buli!Hanya
kerana satu kesalahan, memijak kasut putih Vans Shafwan,merebak pula ke
kesalahan yang lain. Bertubi-tubi denda yang dikenakan oleh Shafwan, si pelajar
tahun tiga.Azzalea harus menurut perintah kerana dia masih dalam minggu
orientasi dan shafwan itu Ketua majlis perwakilan Pelajar (MPP) di kolejnya.

"Kaki encik yang tendang,jadi suruh kaki encik yang basuh balik baju-baju encik
yang bau luluk ni!"

Dalam menurut perintah Azzalea melawan juga.Itu yang membuatkan Shafwan
sengaja mahu menaikkan darah Azzalea kerana dia geram pula apabila Azzalea
boleh menjawab dengan wajah yang selamba.Bagi Azzalea.segala protesnya biar Cik
Diari Hati sahaja yang tahu.

Hubungan mereka tidak berakhir selepas tamat minggu orientasi.Bermula
dengan nota misteri,gaduh-gaduh manja antara mereka,semakin parahdan
berantakan pula jadinya.Semua tu angkara ferdi.Ferdi tidak mahu hubungan
mereka tamat di situ sahaja. Sebelum apa-apa terjadi, dia mahu melunaskan satu
misi. Lalu rancangan mula diatur.

Bila bunga-bunga bahagia kelihatan, ada pula yang tidak senang. Rihanna men-
tur rancangannya pula, untuk memisahkan mereka berdua. Bila kecewa menguasai
Azzalea, dia terlupa diari kesayangannya tercicir di laman. Semua rahsia hati
sudah terjawab kini. Diari itu sudah tidak  boleh dipanggil diarilagi. Si pembaca
tersenyum dan cuba menawan kembali hati si pemilik diari. Mungkinkah episod
cinta bermula? Atau yang belum mula akan berakhir? Cik Diari Hati ada jawapannya.....


keliru

salam.dah lama xmenjengah ke sini.
fuhhhhh!!!
dah banyak habuk rupanya...
keliru nya.sangat keliru ni
seingat acik baru berapa hari xmenulis tapi function blog ni macam susah la plak.
nampak nye banyak lagi kene belajar nie.



Bulan April dah nak habes pom.Hari ni dah 25hb....dua hari debaran makin terasa...
27hb ak menatimu....

Tuesday, 27 March 2012

Merdeka

      Salam semua. hari ni rasa happy sangat.(macam nak pegi lompat katak sampai 40 pusingan) opps bole ke?hehehe. korang nak tahu ker kenape acik ni happy sangat?mestila hari ini rasa happy sebab hari ni last paper for final exam untuk semester ni.sekarang dah part 2.next sem part 3(insyaallah) last paper tadi ACC116.huh setelah agak lama berperang selama 3 jam kat dalam dewan profesional kat uitm yang sangat beku.hehehe.statement tipu...tapi memang sejuk kot.maka habes lah peperangan untuk semester ini.
Lepas itu,kita orang geng DAUD SU pom pegi la kat tempat biasa untuk makan.heheh(makan tu penting kot)and then habes je makan masing-maisng sibuk nak balik bilik sebab nak packing barang yang telah tersedia untuk dipacking oleh geng-geng DAUD SU.hahaha.lagi sekali masing-masing macam nak lompat katak jer.sampai bilik jer terus simpan semua barang.
      Dah siap semuanya,masing-masing dah xsabar nak balik dah.muka dah macam nak senyum ngan tanak senyum sama banyak.dan dengan senanga hati bawak beg masing-masing bushhhh rempuh pintu teros balik umah.hahahhahaha.statement tipu.(jangan percaya)
       And then, bila dah sampai rumah rasa macam pelik kot. sebab biasa nye after solat maghrib or before kita orang ramai-ramai turun order makanan kat kat kafe TDM. tapi malam ini semua dah tersedia kat atas meja and bersedia untuk makan jer.huhh macam dah rasa rindu la pulak kat geng-geng DAUD SU ni. ye la biasanya makan sama-sama,tonton wayang cite korea sama-sama.mengumpat sama-sama(oppsss)hehehe abaikan.tapi sekarang dah xboleh sama-sama dah.huhuhu sedih nye.
Harap-harapnya semester depan berjumpa la lagi kita yea.jumpa di bilik yang sama, kelas yang sama,(sangat rindukan suasana tu)
       And malam tadi before tangan ni gatal nak menulis, acik ada baca satu pesanan daripada BONDA kami tercinta , merangkap pensyarah BEL260 acik iaitu WAN ZUMUSNI WAN MUSTAPHA.
KLIK je kalau korang nak baca.

oke acik gerak dulu.dah nak tdor!!!!!!

Wednesday, 21 March 2012

itu kata saya.

Salam...
MKT243
saya tengah mengolah anda sekarang ini.

budak ini tengah mengadap buku ini.

boleh x nak wat lompat katak macam 
budak Daniel ni??

huhuhu.
sangat cumil
saya la yang cakap.
orang lain saya xtao
lalalala


p/s:nak ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH buat sahabat saya yang telah mendapat licence yang mengiktirafkan beliau sebagai salah seorang mici dekat Malaysia ini & juga TAHNIAH sebab dapat boyfie baru.huhu.saya je yang takde(sambil wat muka kecian & muka jeles) apa nak tengok boyfie baru die??oke KLIK SINI